Senin, 26 September 2016
Kamis, 01 September 2016
Amalan dan Doa Murah Rezeki
Diposting oleh Unknown di 18.05
Dan ini yang saya temui:
- Membaca surah Al-Waqiah setiap malam.
- Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al 'Ummal, Mu'jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas'ud: Muj'ma al- Zawaid
Sabda Rasulullah SAW: " Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu'azbin Jabal: Maj'ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)
Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: Aku mahu mengajar kamu kalimah yang Rasulullah telah ajarkan kepada ku. Jika kau menanggung segunung hutang tentu Allah akan menunaikannya. Bacalah: (Doa di atas)... (Riwayat daripada Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib)
Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu
terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu
Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada
waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita
dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab
Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan
jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa
dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu
Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda
bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang
bacalah: (Doa di atas). Kata
Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah
menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan
hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-
Khudri).
Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakar
datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah
mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa
Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa
itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam
mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa
di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu
bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah
tunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah
berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku
suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan
hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung
hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama
kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku
dapat bersedekah dan mewariskan harta.” (Riwayat al-
Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)
menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya
tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa.
Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan,
ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu
hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya
dimakbulkan untuknya.”
Doa ini yang sering kali saya baca selepas solat.
Kelebihan Al Mathurat
Diposting oleh Unknown di 18.02PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT
1.
Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh
Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa
besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...
2.
Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan
memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek
kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi
kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...
3. Bagi seorang muslim
masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa
bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang
ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...
4. Jika sesiapa
mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan
hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah
kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata
mukmin...
Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu seperti
yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi
ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan
dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir,
membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa
untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuati yang lebih beerti dlm
kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah...
Setiap
individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan
negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir
Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini
beerti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh,
sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.
Oleh
sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik
untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun
al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar
terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka
alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada
setiap pagi dan petang, siang dan malam.
Al- Ma'thurat dimulai
dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha
Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa
setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri
kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang
hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang
dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...
Bacaan
dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa
keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi
Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa
dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam
kehidupan sehari.
Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13.
Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke
waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan
dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
Sabtu, 27 Agustus 2016
ISLAM DAN DUNIA BISNIS
Diposting oleh Unknown di 23.00